welcome

IMAN AMAL DAN AMANAH BERADA DI KKPA

Monday 18 April 2011

Program Perasmian Kelab Kebajikan Pelajar Antrabangsa (KKPA)

Pada 1 Ogos 2011,bersamaan 1 Ramadhan 1432H, hari Isnin, bertempat di Dewan A, Kolej Jaiputra, Kelantan, telah brlansung perasmian Program Semarak Ramadhan (PSR) 2011 dan Perasmian Kelab Kebajikan Pelajar Antarabangsa (KKPA) kolej jaiputra.
Program tersebut telah bermula pada jam 10.30 pagi dihadiri oleh semua staf dan kakitangan kklej jaiputra serta warga siswa dan siswi. Antara tetamu kehormat yang di raikan di dalam
majlis tersebut ialah Pemangku Ketua Eksekutif, Encik Nik Kamaruzzaman bin Nik Yahya dan Ustaz Muhammad bin Ismail selaku penaung kelab kebajikan Pelajar Antarabangsa kolej jaiputra.


Program Perasmian dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh saudara Mat Dulkarim. Seterusnya, ceramah tentang Ramadhan telah

disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Ismail. Acara diteruskan lagi
dengan ucapan pengarah program Semarak Ramdhan 2011, saudara Mohd Zulhilmi bin Muhamad lotfee
berserta ucapan daripada presiden Kelab Kebajikan Pelajar Antrabangsa, saudara Aly Isa. Selepas itu Pemangku Ketua Eksekutif Kolej Jaiputra talah memberi sedikit ucapan sekaligus merasmikan Program Semarak Ramadhan. Program ini diserikan
lagi dengan gimik perasmian yang disempurnakan oleh Ketua Eksekutif dan diiringi oleh pengrah PSR 2011.

Seterusnya para hadirin dihidangkan dengan tayangan Multimedia tentang Ramadhan dan tayangan
Kelab Kebajikan Pelajr Antarabangsa (KKPA). Aktiviti berikutnya wakil daripada Kelab Kebajikan
Pelajar Antarabangsa, saudari Fitri Muliana dari Acheh, Indonesia, telah berbesar hati untuk
mempersembahkan puisi kepada tetamu majlis.

bagi menghadiri semua hadirin yang hadir, pihan Program Semarak Ramadhan telah memberi sedikit
cenderahati kepada semua kakitangan kolej serta smua siswa dan siswi klej jaiputra. Untuk akhirnya
majlis telah ditamatkan dengan bacaan doa penutup oleh saudara Mat Dulkarim dan diaminkan oleh semua hadirin.      

3 comments:

Anonymous said...

ok...sy bg cadangan
*kutip duit ahli seminggu 1 o rm 50sen..
*bt jualan kecil-kecilan untuk ahli kkpa jual untuk mendapatkan duit..
*buat program kecil dahulu,bg sy bt progam macm taranum dibawah kendalian KKPA.bt 2 hari terbuka kepada semua warga jaiputra.jadi kalo dh ade 1 prorgm yg boleh dijalnkan,maka akan seng untuk program yg kedua.

Risna said...

nampak x comen saya..heheh..ni test je.

KKPAJAIPUTRA said...

Ok... nampak dh bgus.... trimakasih je ats komen .. insya allah sem depan ahli kelab akn bincang tentang hal ini..